Wednesday, July 28, 2010

BTN : Biro Tatanegara

Sebelum melangkah ke Kem Bina Negara, Meru, keadaan penat membuatkan saya agak blur atau blank maka saya tak boleh nak register sangat perasaan saya masa tiba untuk program BTN ni. Sebelum ke Kem Bina Negara ni macam-macam saya dengar dari rakan-rakan saya. Ada yang menyatakan BTN ni membosankan dan membuang masa la. Ada yang turut menyatakan yang BTN digunakan sebagai medan untuk menyebarkan ideologi politik. Dan apa yang saya dapat simpulkan hampir kesuluruhan rakan saya ni masing-masing belum pernah lagi pergi ke BTN. Maka saya dapat rumuskan sebenarnya ini hanyalah sekadar bahan perbualan langsung tidak berkaitan dengan BTN.

Jadi apakah sebanarnya BTN? Intipati program? Benarkah dakwaan bahawa BTN ini digunakan sebagai medan propaganda dan ideologi politik? Adakah benar khabar-khabar angin yang menyatakan BTN ini membosankan dan sebagainya? Jadi di dalam post ini saya akan mengupas apakah sebenarnya BTN dari perspektif saya dan beberapa rakan-rakan saya yang lain.

Pertama sekali perlulah diperbetulkan bahawa sesungguhnya BTN ini langsung tidak berkaitan dengan apa-apa parti politik dan langsung tidak berkaitan dengan medan penyebaran propaganda mahupun ideologi politik. Pada pendapat saya, saya dapat simpulkan sebenarnya BTN ini lebih kepada medan untuk menjelaskan dengan lebih jelas sebab-sebab rasional konflik yang berlaku kini dalam negara berdasarkan fakta yang jelas dan nyata yakni penjelasan melalui Perlembagaan Persekutuan. Jadi bagi sesetengah individu yang cuba memburukkan BTN fikirlah dengan akal yang waras bahawa sesungguhnya BTN bukanlah apa yang difikirkan.

Saya sebenarnya agak bersyukur dapat menyertai program ini. Walaupun pada awalnya saya boleh dikategorikan dalam kelompok paksa rela tapi beberapa persoalan yang bermain di fikiran dapat dijawab dengan menyertai program ini. Dan saya yakin hampir ke semua rakan-rakan saya yang lain juga bersetuju bahawa kami mendapat pelbagai input melalui program ini. Sekarang terlintas di fikiran saya. Perlembagaan Persekutuan merupakan perkara penting yang menentukan perjalanan negara kita. Tidak salah saya katakan bahawa Perlembagaan Persukutuan wajarlah di lihat sebagai kitab untuk pentadbiran dan urusan negara. Bak kata fasci2, undang2 tertinggi dalam negara. Namun dalam isu-isu dalam negara tak kiralah politik mahupun ekonomi, nampaknya seperti perlembagaan persekutuan telah diketepikan. Ada yang turut berani tampil melaungkan bahawa kontrak sosial tidak adil dan sebagainya tanpa mendalami erti sebenar setiap aspek dalam perlembagaan dan kontrak sosial.

Maka atas dasar itulah terlintas di pemikiran saya bahawa kita seolah2 sedang bergerak ke belakang. Minda kita tidak lagi mampu memikirkan perkara2 logikal dan rasional. Seperti tamadun Eropah bergerak ke zaman kegelapan, adakah kita ingin melihat masyarakat Malaysia kita bergerak ke arah yang sama. Ingat kita hanya sudah merdeka selama 52 tahun (belum 53 tahun lagi) dan kita telah dijajah lebih dari 400 tahun. Dan jika kita ingin melihat Malaysia maju ke hadapan kita perlulah ingat akan kejayaan kita mencapai kemerdekaan dan perlembagaan itu menjadi bukti. Kontrak sosial menunjukkan bagaimana kita boleh bertolak ansur antara satu sama lain. Dan itu dulu, 52 tahun yg dahulu. Zaman yang belum adanya internet, mahupun komputer di setiap rumah. Zaman di mana globalisasi belum wujud. Zaman di mana agak sukar untuk kita mengenali antara kaum. Berbeza dengan zaman kita yang sudah moden. Ada internet. Kenapa dahulunya kita boleh bersetuju dengan konsep kontrak sosial namun sekarang kita mempersoalkannya?

Ok nampaknya saya sudah terlari dari topik saya. Tapi inilah antara perbincangan2 yang saya hadapi dengan rakan2 saya di kem berkenaan. Saya bersetuju dengan rakan saya, Wei Jie bahawa BTN ini bukanlah hanya sebagai medan untuk brainwash tapi lebih kepada brain-opening, membuka minda dan mata kita untuk berfikir berdasarkan fakta bukan semata-mata berdasarkan situasi semasa. Saya juga ingin mengutarakan kepada pihak kerajaan, kita perlukan satu subjek penerapan atau pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan cara2 untuk memahminya. Jelas bahawa Perlembagaan Persekutuan itu penting dan perlu dipelajari dengan lebih teliti sejak dari kecil lagi bukan apabila kita pergi menghadiri kursus BTN semata-mata. Itu saja pendapat saya mengenai BTN. Walaupun agak membosankan sedikit dek kerana kelas dan sebagainya namun pengalaman saya di BTN amat berharga dan akan saya pegang pada apa yang telah dipelajari di sana.

No comments:

Post a Comment